Saturday, October 11, 2008

Asal Melayu

Dalam Shoutmix pada 23 September 08, jam 19:06, forumer : bocor telah bertanya: Di manakah bermulanya Melayu kita?

Saya petik beberapa perenggan dari buku karya K.G.Tregonning, seorang pakar kaji tumbuhan berbangsa Perancis. Dia telah menulis buku SEJARAH DUNIA bagi Orang-orang Malaya (Zaman Awal hingga 1511). Buku itu dialihbahasa dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1970, berharga $2.80 (ketika itu).

Sebelum Zaman Ais berakhir dan sebelum salji beransur cair itu menaikkan paras laut dalam dunia ini sehingga beberapa ratus kaki, Sumatera, Jawa, Borneo kesemuanya adalah bersambung dengan Malaya, dan dalam kawasan yg luas ini orang2 purba itu mengembara sebagai pemburu yg bergantung pada alam semulajadi.

Di Malaya perubahan Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal) hingga Zaman Batu Baru (peradaban) berlaku dalam dua peringkat dengan adanya pertembungan dari luar. Pertama, bangsa manusia yg mengembara ke selatan dari utara. Mereka tinggal di Semenanjung Tanah Melayu untuk beberapa ribu tahun. Mereka dianggap sebagai nenek moyang orang2 Melanesia di Pasifik, di mana mereka kemudiannya berpindah. Mereka juga dikenali sebagai orang2 Hoabinhian (satu nama tempat di Indo-China) dan tinggal dalam gua, menjadi pemburu yg cekap dan cara hidup yg lebih maju.

Orang Mesolitik ini hidup di gua kerana keadaan masih sejuk. Antara tempatnya di Bkt Chuping (Perlis), Kedah, 4 buah gua (Perak), 2 (Kelantan) dan 3 (Pahang). Hampir 8,000 tahun kemudian (tahun 2000 sebelum Masehi), mereka meninggalkan gua dan berpindah. Nenek moyang orang2 Melayu moden telah datang dari utara (Zaman Batu Baru atau Zaman Neolitik) dan menghalau atau mengahwini gadis2 mereka. Dari sinilah peradaban mulai berkembang dengan kedatangan mubaligh dan pedagang India, Arab, China dsbnya.

Penyelidikan ke dalam sejarah Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam telah bermula dengan Henri Mouhot pada 1860. Sejumlah besar daripada tulisan2 sejarah sekarang adalah didasarkan pada penemuan itu. Pada 1918 terbukti satu empayar besar bernama SriVijaya (yg mana Malaya termasuk sebahagiannya) telah wujud, tetapi kita masih mencari ibu negaranya. Punca-punca dari Negara China ada menyebutkan tentang suatu negeri besar di Malaya bernama Langkasuka yg hidup selama 1000 tahun, dan Ptolemy menceritakan berkenaan suatu pelabuhan yg besar di Semenanjung Tanah Melayu atau di Semenanjung Kra yg bernama Takola. Satupun daripada kedua-dua tempat ini belum dijumpai lagi.

Orang2 yg menerima pengaruh mubaligh dan ahli2 perniagaan terbahagi kepada 2 kumpulan besar - orang2 Mon-Khmer dan orang2 'Malayo-Polonesia'. Kumpulan yg pertama memenuhi kawasan tengah tanah besar Asia Tenggara, dari selatan Burma ke selatan Indo-China. Ke utara daripada mereka adalah orang2 Tibet dan orang2 China. Di selatan mereka, meliputi seluruh Malaya dan terus ke pulau2 iaitu orang 'Malayo-Polonesia. Kumpulan bangsa ini tinggal tetap dalam sejarah sebagai orang2 Melayu dan Indonesia moden; kumpulan Mon-Khmer sudah hampir dilenyakan sama sekali, sungguhpun di Burma masih ada masyarakat kecil yg terdiri daripada orang2 Mon.

Keterangan paling awal tentang Semenanjung Tanah Melayu telah dilakukan oleh Ptolemy dan Alexandria (TM 150). Sejak Zaman Han orang2 China telah tahu tentang Asia Tenggara. Ketika itu wujud 30 negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Di Tun Sun (kota purba di Utara semenanjung) pada kurun ketiga (TM 400), ada 500 ahli2 perniagaan India dan lebih 1000 orang Brahman.

2 comments:

Unknown said...

- Hide quoted text -
On 10/24/08, nazlan farok

Pesan Untuk Bangsa

Kita bisa sama dengan mereka utuk bermain guli,
Kita bisa sama dengan mereka untuk mengira butir berlian,
Kita bisa sama dengan mereka untuk minum kopi semeja,
Kita bisa sama dengan mereka utuk berjalan seiring.

Tetapi Cerita asal usul darah kita berbeza,
Cerita sejarah nenek moyang kita berbeza,
Cerita tanah besar kita berbeza,
Cerita sejarah raja kita berbeza,
Cerita syariat jauh sangat beza.

Mengapa mereka tidak mahu mengenal diri sendiri,
Mengapa mereka buat tak faham sejarah mereka disini,
Mengapa sekarang mereka menurut kata hati,
Mengapa mereka mulai disini.

Atuk kita tak pernah menempa keris bersama atuk mereka,
Atuk kita tak pernah menjadi panglima raja bersama atuk mereka,
Atuk mereka dulunya panglima raja di tanah besar sana,
Atuk kita tinggalkan keris pusaka sebagai bukti puaka.

Penunggu puaka kita tidak pernah lupa,
Penunggu puaka mereka di tanah besar sana,
Penunggu puaka kita bukti pusaka,
Penunggu puaka mereka kenapa mereka lupa.

Mengapa mereka langgar ucap janji,
Mengapa mereka langgar nak pula paha,
Mengapa mereka buat lupa,
Kita masih ada yang tak lupa.

Macam mana melayu jadi melayu,
Macam mana asli jadi asli,
Mengapa tok batin malu hormatnya pada raja,
Melayu menjulang raja sampai bila-bila.

Asli memohon izin Putri Ledang,
Melayu pula nak meminang Putri Ledang,
Tun Tuah sudah tiada pada mata,
Mengapa pusaka dipegang kerabatnya.

Panglima melayu masih belum pupus,
Tidak kuning hanya putih,
Dipesan atuk jangan bergaduh,
Dipesan atuk ceritakan supaya tahu semuanya jua.

Nak mengenal mesti kenal asal dan usul,
Berbohong mengenal jika tidak tahu asal dan usul,
Sekarang disebut sejarah dulu disebut asal dan usul,
Nak tahu usulluddin kena faham istifar usul.

Bekorban apa saja,
Bangsa melayu jangan dipanggil kaum etnik,
Nusa bangsa alam nusantara,
Tanah besar kita hanya disini.

Tak kan hilang melayu di dunia,
ada tercatit didalam kitab,
Bukan kitab kita tetapi kitab mereka,
Masih ada melayu yang memang tahu tentang mereka.

Mengetahui cabangnya mengenal,
Mengenal bermulalah bani,
Darah arab hijrah ke jawa,
Jadi jawi disebut melayu.

Mereka kata dah lama disini,
Sampai bila anak cucu mereka macam ini,
Sudah sampai masa untuk itu dan ini,
Semua janji kontrak perlu dikaji.

Kontrak boleh kalau nak dikaji,
Kena faham salam dan siroh,
Tahu asal usul diri dari yang Maha Rohim,
Sampai mengenal cahaya siapa yang Maha Azim.

Dalam satu ada beribu,
Mengapa satu nama beribu,
Cahayanya menyeluruh menyamai erti yang satu,
Bermula satu dari yang itu jua satu-satu.

Hadaplah mukamu ke Timur(Masyrik) hingga ke barat(Maghrib),
Samaada faham atau jua mengerti,
Jika faham bersama bukti,
Bolehlah bincang kalau nak berdiri sama tinggi.

Cari benih memang disini,
Cahaya Rohman sebagai bukti,
Biarlah benihnya tumbuh dengan sendiri,
Kalau diadun maka tak jadi.

Pohon tumbuh di tanah jawa,
Jatuh sebiji di tanah sini,
Yang sebiji itulah benih,
Tak kira siapa taat setia kena berjanji.

Sudah termaktub di dalam kitab,
Kitab kita juga kitab mereka,
Kalau tak faham itu ghaib kalau faham nyata,
Kita dan mereka masing-masing ada tembus dan batas,

Baitullah dulu pada Adam,
Kemudian ketemu di Baitul Maqdis,
Asbat Al Amin kiblat ke Mekah,
Hijrah bercabang serata arah,
Jawa jawi melayu terpilih.




Nukilan anak cucu
Jamdali by BM
Note: Ilham TJ sent to Ahmad zahid hamidi via jakim's email.

Anonymous said...

Bermula akan titah paduka, melayu jua carek kalamnya, menjadi sifat akan sabdanya, bayangan paduka lautan maya, nyata mahkuta singgahsana paduka, diatas dunia puncak mahendra, ibarat cermin seribu mata, melihat akan isinya dunia, maka bila tiba masanya, kehendak paduka meneraju dunia, lalu paduka menurunkan dirinya, dimedang kamula asal desanya, menjadi raja manusia pertama, inilah sastra dibaca pendita, mula cipta rupa nyata, di baca ciri pembuka cerita, hikayat melayu itu adanya, asal paduka manurong dunia, pembuka kota sijagad raya, memulakan wayangan adengan purba, paduka rajalah dalangnya jua, bermula cerita di tanah basra, belum lagi bernama sunda, kerana tanah air sahaja, paduka turun jejak kakinya, tenggelam sekaki gunung jadinya, kirakan wahai yang bijksana, berkurun paduka dibumi nyata, dia yang mula dialah akhirnya, sukmanya itu jadinya kita, batin akan zahirnya kita, titisan mulia didarah kita, keturunan raja pemerintah dharmanya, jangan kita tiada rasa, bukan mudah dipandang mata, barang manusia sementara, tiada kekal selama-lama, sejak mula manusia didunia, melayulah wangsa yang pertama, jangan ada yang mudah mengata, melayu bukan baru ada, turun dari seguntang raya, kahyangan itulah asalnya kita, bukan asalnya kita manusia, tapi dari keturunan dewa, amat sakti tiada tara, anak melayu anak mahawangsa, tahulah sekelian adatnya kita, ada rakyat ada raja, baru sentosa jiwa dan raga, kita melayu ada negara, dimana saja dunia bunia, terkenal melayu dimana jua, pahlawan dharma naga mulia, bersifat arya gagah perkasa, menjadi kalifah bertugas diatas dunia, menjaga keamanan sekelian manusia, ada yang jadi pendita agama, ada menjadi panglima ternama, menjadi raja yang bijaksana, berjuang demi keturunan kita, menyusun cara hidup didunia, tiada kira apa bentuknya, melayu jualah empunya karsa, jangan malukan dirinya kita, tunduk melayu pada yang esa, bukan mereka pengkhianat bangsa, apatah manusia yang hina asalnya, bukan melayu wahai rastana, kita titisan mani wasesa, kita keturunan bharata varsa, ingatlah sejarah melayu purba, para dewata resi dan sidha, pemegang kuasa pengganti paduka, digelar orang pelbagai nama, semuanya anak melayu belaka, seluruh bangsa menghikayat mereka, adunan zaman berganti masa, tiada lupuk dingatan mereka, betapa hebat ilmu saktinya, menjadi pujaan sekelian manusia, menjadi guruan guru dunia, mengajar hakikat hidup beragama, berzaman didunia mencipta nama, terbukti pada ajaran manusia, menjadi bualan sekelian arhana, mengenal tuhan pelbagai cara, mengenal alam segala isinya, ilmu diguna pada manusia, berbakti demi kesejahteraannya.
Inilah hikayat bicaranya sida, paramuni pancamalaya, mendapat ajaran paduka raja, dituntut diamal melayu mulia, hebat melayu dipandang manusia, bergetar dunia melihat mereka, saktinya melayu tiada tara, contohi mereka sekelian yang ada, agar menjadi manusia berguna, berbakti pada paduka raja, baru melayu namanya kita.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez