Thursday, January 6, 2011

Karam Singh Walia tidak patut dipersalah

Karam Singh Walia bersuara atas dakwaan dia hina Melayu. Sebenarnya, Karam Singh Walia cuma menegur sekumpulan penunggang motosikal remaja yang meletak motor sembarangan di depan sebuah restoran mamak. Karam Singh Walia kata pada mereka “letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang“. Kerana berang, kumpulan remaja lelaki itu menuduh Karam Singh Wali menghina Melayu, lantas menarik perhatian orang yang ada di sekeliling mereka pada ketika itu kerana terdengar perkataan ‘ hina Melayu’. Kejadian berlaku ketika Karam Singh Walia duduk di restoran tersebut sambil memesan makanan. Kerana takut dengan keselamatan dirinya dan untuk tidak memanjangkan pergaduhan sedemikian, Karam Singh Walia sanggup meminta maaf pada remaja yang lebih muda.

Kami memuji sikap Karam Singh Walia kerana sanggup meminta maaf namum kami tidak memuji sikap remaja Melayu yang menempelak Karam Singh Walia, seperti Polis menempelak pesalah jenayah layaknya. Beginikah sikap remaja Melayu beragama Islam? Inikah Melayu? Dari pandangan kami, kitalah Melayu yang memalukan Melayu sebab perbuatan remaja kumpulan Melayu tu nampak benar tidak menghormati orang lain, apatah lagi orang berumur dewasa seperti Karam Singh Walia. Tatkala melihat video karam Singh Wali hina Melayu, kami agak malu juga sebenarnya sebab perkataan ‘Melayu’ merujuk kepada kaum pribumi beragama Islam, lahir di Kepulauan Melayu,walaupun lahiriahnya kami bukan Melayu.


SUMBER http://www.iawani.com

1 comment:

Qutb said...

Apapun Karam Singh telahpun dikaramkan, TV3 pun telah mengambil tindakan wajar tidak lagi membiarkan benggali itu muncul di kaca TV. Bak kata Karam,cakap siang pandang-pandang....

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez