Misteri dan kesaktian
Oleh Shamshul Azree Samshir
Berita Harian
Pengamatan dan ketajaman pemikiran masyarakat lampau berjaya mencipta pelbagai senjata unik yang melambangkan identiti dan kehidupan sesuatu bangsa. Ini dapat dilihat jika kita membandingkan senjata Melayu, China atau pedang yang digunakan pahlawan Mongol. Keunikan dan kekuatan senjata yang dicipta pantas menjadi alat yang digeruni musuh hingga mendengar namanya saja, mampu mengecutkan perut seperti aura keris Taming Sari.
Keris misalnya, cukup sinonim dengan kepahlawanan Melayu malah diangkat sebagai lambang kedaulatan. Dalam penciptaan keris, dapat diperhatikan bentuk matanya berasas kepada nyalaan api atau lidah api yang melintuk dan meruncing ke atas. Motif alam semula jadi seperti pucuk rebung, awan larat, figura manusia dan burung serta dedaun, juga dapat dilihat pada keris.
Selain kehebatan senjata tradisional yang dilentur si pandai besi atau Tok Tukang, amalan ritual yang mengiring proses penyelenggaraan senjata terutama keris sering diperkatakan. Mengikut Muzium Negara, masyarakat Melayu terutama di kepulauan nusantara masih mempercayai keris dan senjata tradisional lain mempunyai semangat dan makhluk halus yang menjaganya.
Proses perasapan dalam kerja mencuci keris dikatakan bertujuan memberi makan kepada makhluk halus yang meresap ke dalam senjata terbabit. Bagi masyarakat Jawa, proses yang sama dilakukan bagi memasukkan racun ke dalam mata keris dan membersihkan kotoran. Ia juga dikatakan membuka pori-pori pada permukaan keris sehingga racun timbul semula.
Bagaimanapun, pakar keris berpendapat proses perasapan tidak memberi kesan kepada mata keris, sebaliknya lebih kepada upacara ritual serta kepercayaan semata-mata.
Menampilkan segmen segar bertemakan misteri dan mistik, Muzium Negara serta Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia menganjurkan Pameran Senjata Tradisional - Misteri dan Kesaktian mulai 16 Disember lalu hingga 20 April depan. Jika anda ingin mengetahui rahsia, misteri, mistik dan keunikan senjata lama - pastikan anda berkunjung ke pameran ini!
Antara lain, pameran istimewa ini mahu mendedahkan keunikan dan daya imaginatif tajam serta nilai estetika persenjataan kepada masyarakat. Bertolak dari sini, masyarakat dapat mengkaji falsafah kehidupan dan mencari akar umbi ketuanan bangsa.
Pameran ini juga mahu memberi kesedaran bahawa senjata dalam budaya masyarakat serantau bukanlah melambangkan keganasan dan kerakusan bangsa yang menciptanya, sebaliknya suatu perlambangan dan falsafah kehidupan agung.
Ketika berkunjung ke pameran ini minggu lalu, perkarangan Muzium Negara terutama Galeri Satu dan Dua yang menempatkan hampir 2,000 bilah peralatan senjata yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pameran senjata tradisional terbanyak, diubah menjadi medan penuh mistik. Replika keris dan pelbagai persenjataan kuno ditegakkan di perkarangan masuk menyerlah aura misteri dan kejutan yang menanti pengunjung.
Melalui terowong sejarah dunia persenjataan, pengunjung dibawa menyelami beberapa era senjata tradisional seawal Zaman Prasejarah yang dianggarkan bermula kira-kira 2,500 hingga 3,500 tahun lalu. Era ini pula terbahagi kepada Zaman Batu Awal (Paleotik). Pada zaman ini, alat-alat yang digunakan sebagai senjata belum sempurna buatannya dan digunakan untuk memburu, menumbuk, melicin, mengetuk dan mempertahankan diri dari serangan musuh atau binatang buas.
Senjata yang digunakan pada Zaman Pertengahan (Mesolititik) pula lebih baik dan mempunyai bentuk yang kemas. Manakala Zaman Batu Baru (Neolitik) menampakkan alat senjata yang lebih sempurna dan halus. Pada era ini, senjata seperti kapak, beliong dan pisau mula digunakan. Zaman Logam pula banyak menghasilkan senjata yang diperbuat daripada besi dan gangsa.
Paparan ini jelas membuktikan senjata ciptaan manusia melalui pelbagai peringkat evolusi termasuk kajian dan penyelidikan (R&D) yang disesuaikan dengan kemampuan akal fikiran manusia ketika itu serta aspek penggunaannya.
Eksplorisasi diteruskan dengan membawa pengunjung melihat bagaimana keris, termasuk senjata tradisi lain menjadi lambang kekuatan hulubalang serta kerajaan purba. Mengikut maklumat diperoleh dari Muzium Negara, senjata tradisi ini dikategorikan kepada beberapa kelompok seperti alat persenjataan (dengan tujuan baik); kekebalan dari malapetaka; semangat yang kuat; peribadi tinggi atau lambang kekuasaan; penyembuh penyakit serta azimat.
Namun, perlu diingatkan setiap upacara serta kepercayaan itu dipengaruhi oleh pegangan agama serta adat yang dipraktiskan oleh masyarakat sezamannya.
Sebagai alat persenjataan, fungsi utama senjata ialah untuk mempertahankan diri dengan tujuan membunuh atau mencederakan lawan. Alat persenjataan ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu senjata pendek, panjang serta tempur jarak jauh. Melalui paparan ini, pengunjung boleh melihat beberapa jenis senjata pendek seperti keris, badik, tumbuk lada dan senjata jambia.
Badik misalnya, cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Badik yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu, berasal dari negeri kepulauan Sumatera dan Jawa. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.
Senjata jambia pula memiliki bentuk mata bongkok serta dihiasi salutan perak atau emas dengan ukiran bunga dan awan larat. Senjata ini berasal dari Timur Tengah dan diterima masuk dalam budaya Melayu sebagai pakaian peribadi. Ukuran matanya antara 20 hingga 30 sentimeter dengan cara menggunakannya mencekok dan mengebar mengikut alunan bentuk kedua-dua matanya.
Antara senjata pendek yang boleh ditemui di pameran ini ialah tekpi, beladau, pisau Bugis, pisau belada, pisau belati dan buku lima.
Memasuki segmen senjata panjang, pengunjung boleh melihat kepelbagaian jenis lembing yang amat popular sejak zaman prasejarah. Lembing dipercayai wujud di nusantara selepas menerima pengaruh senjata lembing China. Ada beberapa jenis lembing yang digunakan termasuk lembing patung, daun buluh, serampang, besi dua dan tipu dayak.
Lembing dikatakan mampu menewaskan musuh yang memiliki ilmu kebal. Pada asalnya, lembing dicipta sebagai alat untuk berburu dan kemudian digunakan sebagai senjata. Pengunjung juga boleh melihat senjata panjang lain seperti tombak, pedang, sundang, golok, parang dan kelewang.
Bagi segmen senjata tempur jarak jauh, pengunjung boleh melihat lebih dekat meriam dan kekuatannya dalam mengawal benteng pertahanan negara. Meriam Melayu terawal dipercayai berasal dari Jawa, Brunei, Minangkabau dan Acheh seawal kurun ke-15. Johor dan Terengganu dikatakan negeri yang mampu menghasilkan meriam terbaik.
Umumnya, meriam menggunakan peluru seberat enam paun atau lebih. Batu, bola batu atau besi sering dijadikan peluru meriam. Meriam Melayu dapat dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu meriam agung, buluh, jolong atau jenjulong, kalok, lela, rentaka atau ekor lontong. Selain meriam, beberapa senjata tempur jarak jauh dipamerkan seperti busar dan anak panah; sumpitan; baling-baling dan baut rajut.
Apa yang menarik, selain senjata tradisional Melayu atau alam nusantara, Pameran Senjata Tradisional - Misteri dan Kesaktian juga menampilkan senjata digunakan orang China, India, suku etnik Sabah dan Sarawak dan Orang Asli.
Lebih menarik, sesi demonstrasi turut diadakan sebagai segmen sampingan. Ketika berkunjung, kumpulan Maharani dipimpin Sheikh Abdullah Sani Hashim dari Muar, Johor, melakukan demonstrasi keris berdiri. Upacara ini dilakukan mengikut tertib dan penuh kebatinan. Peluang menyaksikan bagaimana beberapa bilah keris berdiri tegak di tepi sarung, cukup menguji minda dalam mencari logik kebenarannya.
Menurut pengamalnya, Mustaffa Mansor, keris mampu ditegakkan tanpa sokongan melalui pemahaman dan pematuhan terhadap keris itu sendiri.
"Mesti ada salam... Ini (upacara menegakkan keris) dibuat untuk menunjukkan keindahannya," katanya yang mengakui keris adalah senjata Melayu yang tinggi darjatnya serta perlu dihormati.
Selain kumpulan Maharani, demonstrasi silat kerambit iaitu sejenis senjata kecil yang digunakan wanita serta boleh diselitkan di rambut juga diadakan. Kumpulan pesilat dari Harimau Berantai Pencak Silat International dari Petaling Jaya, Selangor menunjukkan beberapa teknik yang digunakan dalam persilatan itu kepada pengunjung pameran.
Jika anda mahu mencungkil rahsia dan mistik senjata tradisi, kunjungi segera pameran hebat ini!
Fakta
• Senjata tradisional warisan turun temurun cukup kaya dari aspek nilai sejarah, budaya, puitika dan estetika.
• Senjata dalam konteks umum amat rapat hubungannya dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan.
• Fungsi senjata berkembang antaranya sebagai barang pertukaran dagangan, hadiah tanda persabahatan antara kerajaan, simbol kekuasaan dan ketuanan selain fungsi mistik dan kuasa supraintrinsik yang dimilikinya.
• Dalam masyarakat Melayu, senjata tradisional seperti keris, tombak, lembing, badik, tumbuk lada, renong dan lading dikaitkan dengan unsur kuasa yang menampakkan kehebatan, kekuatan dan keistimewaan.
• Keris mendapat tempat utama dalam masyarakat Melayu malah sering dikaitkan dengan unsur kuasa, magis dan sakti serta misteri.
• Pada sebilah keris juga dikatakan terletaknya tuah, darjat, sial, malang dan falsafah tersendiri.
• Masih ada yang percaya senjata lama mempunyai kuasa luar biasa hingga mempengaruhi kehidupan mereka. Misalnya, ada pihak mengaitkan keris sebagai alat membawa semangat, keramat serta melambangkan daya fikir orang Melayu.
• Ada juga percaya keris boleh membawa tuah kepada pemiliknya.
• Mengikut kepercayaan mereka, kuasa luar biasa ini ditimbulkan oleh beberapa keadaan iaitu ada keris didakwa mempunyai daya magis kerana jenisnya dan ada juga disebabkan pamornya.
• Setiap pamor, misalnya pamor perut ular, mata ketitir, ketandaan dan air menitik dikatakan memiliki daya magis tersendiri.
• Keris juga mempunyai fungsi mistik dalam dunia perubatan tradisional, perdukunan dan perpawangan. Kepercayaan terhadap keris sebagai kuasa supraintrisik, magis dan dunia paranormal.
• Alat persenjataan ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu senjata pendek, panjang serta tempur jarak jauh. Alat persenjataan ini berevolusi seiring dengan perkembangan semasa hasil pengaruh pelbagai kebudayaan.
• Selain mempamerkan keunikan senjata tradisional, pameran juga memberi penjelasan berhubung beberapa amalan membabitkan senjata seperti perasapan dan kepentingan senjata dalam dunia perubatan.
Friday, April 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570
Post a Comment