Friday, May 22, 2009

Pahlawan Melayu

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu
beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau
dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar.


Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar
berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau
adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan
seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung
Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.


Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan
diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang
yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.


Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.


Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.


Petikan drp (c) http://alam-melayu.blogspot.com/

DAK TERLEWAT PELAJARI SILAT MELAYU

Anda pernah terasa ingin mengenali silat, mempelajari seni dan teknik silat... dan anda juga

* cenderung dengan seni silat, tetapi barangkali tiada masa, tenaga, kesempatan untuk ambil tahu dan berlatih silat...

* ada keinginan untuk mengambil silat, menceduk ilmu beladiri Melayu, tetapi kurang pasti silat yang mana satu (daripada 1500 jenis silat di Nusantara) sesuai untuk anda ....atau...

* kedangkala anda merasa segan atau malu kerana kurang stamina atau daya badan, kerana usia...kerana sudah lama tidak bersenam...

DAN anda perlukan persilatan yang diajar sekaligus cara senaman kuno orang-orang Melayu agar tubuh fizikal anda sentiasa sihat...

Mungkin sekali anda perlukan sesuatu yang RINGKAS, MUDAH DAN BERKESAN....

MAKA RAJAMENANGIS MENGESYORKAN : SENI SILAT SETIABAKTI

BERMINAT? SILALAH EMEL KEPADA KAMI - rajamenangis@gmail.com

Misteri dan Kesaktian

Fakta

Senjata tradisional warisan turun temurun cukup kaya dari aspek nilai sejarah, budaya, puitika dan estetika.


Senjata dalam konteks umum amat rapat hubungannya dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan.


Fungsi senjata berkembang antaranya sebagai barang pertukaran dagangan, hadiah tanda persabahatan antara kerajaan, simbol kekuasaan dan ketuanan selain fungsi mistik dan kuasa supraintrinsik yang dimilikinya.


Dalam masyarakat Melayu, senjata tradisional seperti keris, tombak, lembing, badik, tumbuk lada, renong dan lading dikaitkan dengan unsur kuasa yang menampakkan kehebatan, kekuatan dan keistimewaan.


Keris mendapat tempat utama dalam masyarakat Melayu malah sering dikaitkan dengan unsur kuasa, magis dan sakti serta misteri.


Pada sebilah keris juga dikatakan terletaknya tuah, darjat, sial, malang dan falsafah tersendiri.


Masih ada yang percaya senjata lama mempunyai kuasa luar biasa hingga mempengaruhi kehidupan mereka. Misalnya, ada pihak mengaitkan keris sebagai alat membawa semangat, keramat serta melambangkan daya fikir orang Melayu.


Ada juga percaya keris boleh membawa tuah kepada pemiliknya.


Mengikut kepercayaan mereka, kuasa luar biasa ini ditimbulkan oleh beberapa keadaan iaitu ada keris didakwa mempunyai daya magis kerana jenisnya dan ada juga disebabkan pamornya.


Setiap pamor, misalnya pamor perut ular, mata ketitir, ketandaan dan air menitik dikatakan memiliki daya magis tersendiri.


Keris juga mempunyai fungsi mistik dalam dunia perubatan tradisional, perdukunan dan perpawangan. Kepercayaan terhadap keris sebagai kuasa supraintrisik, magis dan dunia paranormal.


Alat persenjataan ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu senjata pendek, panjang serta tempur jarak jauh. Alat persenjataan ini berevolusi seiring dengan perkembangan semasa hasil pengaruh pelbagai kebudayaan.


Selain mempamerkan keunikan senjata tradisional, pameran juga memberi penjelasan berhubung beberapa amalan membabitkan senjata seperti perasapan dan kepentingan senjata dalam dunia perubatan.


Misteri dan kesaktian

Oleh Shamshul Azree Samshir

Berita Harian


UNTUK ARTIKEL PENUH, SILA KLIK SINI



Negeri Melayu, Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan sejarah moden

Persekutuan Tanah Melayu

Akibat tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (MU) dan perakuan Edward Gent dan Malcolm MacDonald, maka Kerajaan British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU. Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai Eropah, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO untuk merangka satu perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu, khususnya yang dapat diterima oleh orang Melayu dan British. Pada dasarnya, matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh, memajukan ekonomi Tanah Melayu dan menyelesaikan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan serta kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Orang-orang bukan Melayu tidak bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja kerana mereka bimbang Jawatankuasa Kerja yang tidak diwakili oleh orang bukan Melayu akan merangka perlembagaan yang hanya menguntungkan orang Melayu dan merugikan orang bukan Melayu. Mereka telah mengadakan beberapa halangan bagi mengagalkan tugas Jawatankuasa Kerja. Walaupun mendapat halangan, Jawatankuasa Kerja telah berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Perkembangan 1946-1948

Penentangan PTM berbeza dari MU terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Pad 15 Disember 1946, Jawatan Perunding yang terdiri daripada 5 pegawai Eropah, 2 wakil Cina dan 2 wakil India telah ditubuhkan untuk meninjaukan pandangan orang bukan Melayu terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Perunding telah mengemukakan laporan mereka pada 21 Mac 1947 yang mengandungi beberapa pindaan ke atas draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Dalam usaha untuk menentang draf perlembagaan tersebut, mereka telah menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. AMCJA dipimpin oleh Dato’ Tan Cheng Lock sebagai Presiden dan John Eber sebagai Setiausaha. Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA ialah Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress, Pan-Malayan Federation of Trade Union, Malayan People Anti-Japanese Ex-Services Comrades Association dan Parti Komunis Malaya. Mereka telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru di Tanah Melayu. Antara cadangan itu ialah:

a. Pernyatuan Tanah Melayu dengan Singapura sebagai satu unit politik.
b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan melalui badan perundangan pusat yang ahlinya dipilih.
c. Kerakyatan yang sama yang memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan.
AMCJA telah mendesak supaya British membatalkan semua persetujuan yang telah dicapai antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Mereka juga mahu AMCJA diterima sebagai wakil bukan Melayu.

Pada 22 Disember 1947, golongan kiri orang Melayu telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. PUTERA dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhannuddin, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. PUTERA juga mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Antaranya ialah:

a. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan di mana hal-ehwal luar dn pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan British dengan Kerajaan Tanah Melayu.
c. Perkataan “Melayu” mesti digunakan sebagai rupa bangsa warganegara Tanah Melayu.
d. Bendera Tanah Melayu mesti mengandungi warna-warna kebangsaan Tanah Melayu.

Pada 16 Mac 1947, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang menguatkan penentangan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Mereka telah mengemukakan “perlembagaan rakyat” yang merupakan gabungan cadangan PUTERA dan AMCJA untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Mereka juga telah melaksanakan “hartal” di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja serta menunjukkan kekuatan mereka. Walau bagaimanapun, British tidak berminat untuk menerima cadangan PUTERA-AMCJA. British menerima draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang dijadikan asas perlembagaan PTM. Pada 21 Januari 1948, Raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan British menandatangani persetujuan penubuhan PTM. Pada 1 Februari 1948, lahirlah PTM secara rasminya.

Cadangan PTM 1948

1. Sembilan negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dua Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang disatukan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai PTM.
2. Singapura diasingkan dari PTM.
3. PTM menjadi negeri lindungan British.
4. Pentadbiran PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT).
5. PJT akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (MMKP).
6. MPP terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tak rasmi yang terdiri daripada 22 Melayu, 14 Cina, 7 Eropah, 5 India, 1 Ceylon dan 1 Serani.
7. MMKP pula terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-kurangnya 5 atau selebih-lebihnya 7 ahli tak rasmi.
8. Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu. Persidangan yang dijalankan akan dipengerusikan oleh salah seorang dari mereka.
9. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan ke atas negeri mereka dikekalkan. Sultan-sultan akan menjalankan pentadbiran mereka dengan bantuan MMN dan MMK negeri.
10. Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam kerajaan tempatan, kesihatan, pelajaran, tanah dan pertanian.
11. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.
12. Hak kerakyatan:

a. Mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun dari tempoh 12 tahun yang terdahulu.
b. Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu mesti bermastautin selama 15 tahun dari tempoh 20 tahun yang terdahulu.
c. Umur minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun.
d. Mereka mesti boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
e. Mereka diminta bersumpah untuk menentukan taat setia kepada Tanah Melayu.

Perkembangan 1948-1957
Mengikut perlembagaan PTM 1948, Kerajaan British bersetuju untuk memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan akan dijalankan beransur-ansur. British juga bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli MPP. Walau bagaimanapun, usaha ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun 1948. Apabila keadaan mulai reda, usaha ke arah tersebut diteruskan. Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi MPP dilantik untuk mengetuai 9 jabatan kerajaan. Jabatan-jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri, Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan, Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara mereka ialah Dato’ Onn bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan dan Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.

Mulai 1951, pilihanraya perbandaran mulai diadakan bagi memilih ahli majlis perbandaran. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih 9 orang ahli. Dalam pilihanraya tersebut Parti Radikal Pulau Pinang memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO satu kerusi. Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk memilih12 ahli. Untuk menghadapi pilihanraya tersebut UMNO dan MCA telah bergabung sebagai Parti Perikatan untuk menghadapi Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar yang telah keluar dari UMNO akibat perselisihan dasar. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan bebas 1 kerusi. Akibat kemenangan Parti Perikatan, 2 orang anggotanya iaitu H.S. Lee dan Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Kerajaan dalam Sistem Ahli. Pada tahun 1953, seorang rakyat tempatan yang menjadi ahli MPP dilantik menjadi “speaker” menggantikan PJT yang tidak lagi menjadi ahli MPP. Pada tahun 1953 juga, Parti Perikatan UMNO-MCA telah mendesak supaya British mengadakan pilihanraya umum bagi memilih ahli-ahli MPP.

Pada tahun 1954, Gerald Templer selaku wakil Kerajaan British telah mengumumkan MPP akan mempunyai 98 ahli, iaitu 52 dipilih dan 46 dilantik. Pilihanraya Umum yang pertama akan diadakan pada 27 Julai 1955. Berikutan dengan pengumuman itu, UMNO dan MCA bergabung pula dengan MIC menjadi Parti Perikatan yang lebih besar. Antara parti yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Pertama ialah Parti Buruh, Parti Sosialis, Parti Negara, Parti Progresif Rakyat, Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS), Parti Perikatan Melayu Perak dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi. Hasil dari kemenangan besar Parti Perikatan, Tanah Melayu telah diberi berkerajaan sendiri di mana Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada 6 Melayu, 3 Cina dan 1 India telah dibentuk.

Bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu, usaha-usaha telah dijalankan untuk menamatkan pemberontakan PKM. Hasilnya Rudningan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Cheng Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah dan Chin Peng pula tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan.
Pada 6 Januari 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke England untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Rundingan yang diadakan dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasil dari rundingan tersebut, British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka perlembagaan PTM yang merdeka, Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid telah dibentuk. Anggota-anggotanya terdiri daripada hakim-hakim negara Komanwel, iaitu Ivor Jenning (Britain), William Mackell (Australia), B. Malik (India) dan Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan mendapatkan pandangan daripada orang tempatan, pelbagai parti politik, persatuan dan pertubuhan. Sejumlah 131 memorandum telah diterima. Hasil dari memorandum ini, Suruhanjaya Reid telah menyusun dan merangka perlembagaan dan siap pada bulan Mac 1957.

Pada 31 Ogos 1957, lahirlah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.


-SP Star
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez