Monday, February 9, 2009

Darihal Keris

Ada beberapa fakta menarik tentang keris dan kadam (pendamping iaitu makhluk halus jin):
Jika pemilik keris tidak mengamalkan berlangir keris dengan limau, keris dalam simpanannya akan 'hilang' kesaktian tetapi bagi jin (kadam) sesetengah keris, mereka akan 'menyerang' pemilik atau keluarga. Contohnya, isteri pemilik bermimpi perutnya ditendang (ketika itu dia mengandung 7 bulan). Esoknya, bayinya meninggal (gugur). Atau mimpi makan, esoknya orang itu akan berasa kenyang.

Jika hendak membuang kadam dari keris (istilah keris "hidup"), rendamkan keris di dalam air Yaasin atau air bercampur cuka.

Antara barangan/senjata tradisional yang diketahui mempunyai kesaktian (kuasa luarbiasa di luar kekuasaan manusia) ialah keris, tombak, lembing, akik, buntat, azimat dan wafa' (lakaran). Bila menggunakan minyak pengasih, jin akan mengaburi mata kita supaya kita pandang orang itu cantik atau menawan sentiasa.

Oleh kerana keris diperbuat dari pelbagai jenis logam, logam mempunyai aura dan bila pemujaan dilakukan ke atas keris, misalinya dibelai, asap dengan kemenyan dllc, makhluk halus akan 'muncul' sebagai penjaganya (kadam). Semangat (mayo) akan segar bila keris sentiasa dimandi dengan air bunga, diasapkan dan baca Ayat2 Al-Quran yang ada kaitan dengan besi.

Pembuat keris melalui proses ini sebelum mula membuat keris:
* Pilih besi yang bersemangat 'berani' (untuk keris digunakan dalam pertarungan)
* Memilih hari / ketika berdasarkan nafas
* Berpuasa
* Sembahyang hajat
* Mohon pada Ilahi supaya berkat
* Pembuat dalam keadaan sihat, pakaian bersih dan bercorak sesuai
* Ketika menempa, berzikir ingat Allah SWT setiap masa. Dengan itu, setiap 'hentaman' ke atas keris (ketika dibentuk) mengandungi ribuan 'doa' / zikir si pembuat.

Keris mungkin mengambil masa tujuh tahun untuk ditempa kerana hanya ada satu atau dua hari saja dalam setahun di mana keris boleh dibuat. Itupun, dalam sehari, mungkin ada 30 minit yang sesuai. Pemilihan hari bergantung pada (sukatan) numerologi dan kemahiran lainnya.


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez