Wednesday, February 13, 2008

Apa akan jadi jika kita tersilap kata atau teka?



SUKA-SUKA BICARA



JIKA BENAR, APAKAH AKAN JADI PADA PATEK YANG HINA INI?

Setakat pada tarikh kita melaungkan Merdeka! Merdeka ! Merdeka! pada 31 Ogos 1957, order terakhir bagi negeri Melaka berdaulat adalah sebagai Negeri-Selat, yang ber ibupejabat di London. Negeri yang menjadi titik mulanya ketuanan Melayu di Nusantara ini bukanlah telah kehilangan Sultan. Itu mungkin satu pemesongan anggapan.

Hakikinya, Sultan Melayu Melaka Al Sultan Mahmud Shah, sejak pada 25.07.1511, telah melarikan diri keluar daripada bandar Melaka dan tidak henti cuba merampas balik Melaka daripada tangan penjajah (occupying power). Sultan dan waris-waris keturunan baginda yang tentulah wujud sejak 1530/31 beranak pinak hinggalah Jepun menyerang Malaya dalam tahun 1941, adalah dikira dalam 'pelarian'. Apabila kita merdeka, maka pelariannya bukan daripada penjajah, tetapi daripada order perlembagaan baru, yang ketika itu belum terserlah siapakah berhak menuntut takhta Malaka. Bilakah pelarian ini berakhir? Bilakan Kerajaan mula 'give up' membawa balik Sultan Melaka yang berhak ke atas Melaka? Adakah tanggal 31 Ogos 1957 satu tarikh Kerajaan telah 'give up' atau putus asa mencari Sultan Melaka? Tentu tidak. 'Entah', pun boleh jadi jawapan.

Salasilah akan menunjukkan bahawa anakanda Sultan Mahmud Shah Raja Kassim yang bergelar Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah Ibni

Almarhum SultanMahmud Shah, (anakanda tercinta ibu bernama Puteri Unang Kening, permaisuri Sultan Mahmud), Sultan Perak yang paling pertama dan seorang anakanda lain, Raja Ala'uddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (anakanda tercinta ibu bernama Tun Fatimah, permaisuri Sultan Mahmud) menjadi Sultan Pertama Kerajaan Johor sebagai Sultan pertama.

Maka mengikut cerita tersohor apabila teputusnya keturunan Sultan Melaka di Johor dalam tahun 1699, maka jelas, titisan darah Sultan Melaka PADA HARI INI mesti di korek, di gali, di cari, di siasat dari kalangan keluarga dan para kerabat besar-besar di Negeri Perak. Apakan tidak? Anakanda Sultan Mahmud Shah telah menjadi Sultan Perak yang paling pertama. Maka tertimbul lah juga khabar akan cerita bahawa Tun Teja yang jelita, empunya cahaya mata daripada zuriat Sultan Mahmud itu sehingga ke HARI INI, dan hal yang sedemikian juga tidak dilupakan. Maka dengan cerita-cerita ini, makin menariklah akan kesah ini nanti.... Kesah bilakah Sultan Melaka yang layak hendak di pulangkan kembali kepada Melaka.

Kata Tunku Abdul Rahman sebelum Merdeka "Jika Inggeris mengambil Tanah Melayu daripada tangan orang Melayu, maka hendaklah Malaya di pulangkan juga ke tangan orang Melayu"! Tapi jika penjajah (1511) telah menghalau keluar Sultan Melaka, mengapa tidaknya waris Sultan itu perlu di kembalikan kepada rakyat Melaka, samada dalam tahun 1826, atau 1946, atau 1948, atau 1957 atau 2011 (kajilah tarikh-tarikh ini)?. Yang hak tetap berhak, khasnya jika ia melibatkan Sultan Melayu - tak kiralah negeri mana. Raja-Raja Melayu berdaulat di Tanah Melayu, dan jika kosong disana, maka di isi disana, kosong disini, di isi disini. Bergitulah adatnya turun temurun. Negeri pantang kekosongan Raja! Semua terima hakikat ini. Jadi?


Namun di singkir sahaja, di tepis sahaja, di perlekeh sahaja cadangan tuntutan orang yang barangkali berdaulat, janganlah hendaknya. Tuntutan mestilah berdasarkan salasilah, darah, kedudukan, nasab, alat kebesaran Raja, resam, adat, tamadun, ilmu, pemberian, dan panggilan takhta. Jangan tak baca. Jika kurang periksa, maka periksalah. Itulah manisnya adat Melayu.

Maka perlulah di halusi oleh yang berwajib dan yang bernasab dan berilmu tinggi dan berkepakaran dan bebas akan dia berfikir untuk menasihati . Bukan manusia yang salasilahnya sendiri tidak diketahui. Sesiapa yang tahu akan salasilahnya sendiri, maka dialah berhak bertanya.

Apakah turutan yang berlaku di Melaka (dan Malaysia) jika benar terbukti semua ini, dan terbukti badan si-anu itulah sebenarnya mengalir darah Raja Melaka yang berdaulat dizaman ini?

Maka tidakkah akan berkecelaru akan taat setiamu wahai kaum Melayu dan wahai bangsa dibawah perintah baginda kelak? Apakah kata-kata kesat dan kata-kata hasad nanti akan cair bertukar menjadi tangisan airmata di kaki baginda paduka Sultan yang pemaaf dan pengampun akan kesilapan rakyat jelatanya?

Tanah Melayu kini mungkinkah menyaksikan 10 orang Raja-Raja Melayu (sekarang ada 9 sahaja) - kesemuanya berdaulat dan berkuasa atas kehendak Allah SWT dibumi negeri Timur yang bertuah ini...

Dengan tertabalnya Sultan Melaka (yakni Sultan Kesepuluh di Negeri-Negeri Melayu, Semenanjung Malaysia) maka mendapat rahmatlah rakyat jelata Melaka, maka bernaunglah segala rakyat samada Melayu, Cina dan India serta segala warganegara semuanya dibawah panji-panji baginda, maka ternyatalah dan masyhurlah negeri Melaka yang bertuah itu, maka bersatu padu lah rakyat pelbagai bangsa di negeri Melaka, maka terjaminlah sekali lagi Sultan Melaka sebagai ketua agama Islam, agama suci Allah SWT seperti dahulu kala, dan bagindalah ketua segala adat resam dan budaya bangsa Melayu di Melaka, maka terjaminlah rakyat Melaka dengan hak sejagat di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri Melaka dan tegaklah keluhuran undang-undang seperti payung keadilan baginda, maka makin meriahlah Melaka sebagai negeri menerima kemunculan Sultan yang sekian lama menghilang diri, maka kembalilah akan Istana Melaka dengan segala peri dan kehebatannya ketangan baginda , disuluh dengan segala kebesaran dan kemuliaan adatnya, maka kuninglah semula pentadbiran Melaka, maka terpancarlah cahaya negeri Melaka kepada penziarahnya dari dalam negeri mahupun dari merata dunia, maka bergitu gembiralah nanti pelbagai rakyat jelata dari pelbagai jenis bangsa mengharumkan lagi nama baginda dan negeri Melaka, dan bergema lah hendaknya segala Masjid dan Surau dengan doa buat baginda sekeluarga, dan berbakyiah lah baginda kepada semua Raja-Raja Melayu yang duduk didalam Majlis Raja-Raja, selagi ada bulan dan bintang mengelilingi bumi dan langit.


Dan terlewat sungguh Raja Melaka kembali. Selamat pulang wahai Raja Melaka. Lewat tidak menjadi hal khabarnya, jika disitu daulatnya.

Wallahualam, Allah jua lah yang MAHA MENGETAHUI.


Oleh

Shali


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez