Saturday, October 1, 2011

GAPERA

GAPERA terdiri badan-badan pertubuhan dan persatuan pengamal perubatan tradisional melayu yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.GAPERA merupakan Badan Payung yang berhubung terus dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari bersangkutan hal-hal menaiktarafkan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang diamalkan di Malaysia.

Di antara pertubuhan atau persatuan yang telah berdaftar di dalam Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia:-

1.Pertubuhan Perubatan Acu-Bekam Malaysia
2.Persatuan Urutan Melayu Malaysia
3.Pertubuhan Pengamal dan Pengusaha Perubatan Tradisional Pahang
4.Persatuan Warisan Pahang
5.Persatuan Silat Melayu Lok 9

Pertubuhan Silat Melayu yang ingin berdaftar dengan GAPERA adalah di sudut amalan penjagaan kesihatan sahaja.

Rawatan yang dikategorikan di bawah Perubatan Tradisional Melayu adalah:-

1.Urut Badan
2.Urut Patah
3.Urut Terseliuh
4.Urut lepas bersalin
5.Urut Angin Ahmar atau Stroke
6.Urut Tenaga Pemulihan Syahwat
4.Bekam
5.Herba-Herba penjagaan kesihatan ,mencegah dan merawat penyakit khazanah Melayu
6.Rawatan Resdung,batu karang,kayap,kudis,demam dan sebagainya bagi orang Melayu
7.Senaman Melayu untuk lelaki dan wanita dan seni penjagaan diri orang Melayu
8.Petua pemakanan , penjagaan kecantikan dan kesihatan orang Melayu.

Walaubagaimanapun kaedah atau prinsip khazanah perubatan Melayu berteraskan ajaran Islam (Al-Quran dan Sunnah Rasulullah) mana-mana amalan perubatan Melayu yang bertentangan dengan Islam adalah Haram dan ditolak seperti amalan sihir,guna-guna dan sebagainya.

GAPERA mengalu-alukan mana-mana pertubuhan atau persatuan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu yang ada di Malaysia untuk bersama -sama untuk duduk benaung di bawah GAPERA demi untuk memperkasa dan memartabatkan Perubatan Tradisional Melayu.

Alamat GAPERA:

24,Desa Pahlawan,Lorong 2,Batu 4, Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur.

sumber : http://perubatantradisionalmelayumalaysia.blogspot.com/

Monday, September 12, 2011

Seni Rekaan Selendang Dunia Islam

Saiz kain selendang yang digunakan untuk tujuan ini adalah lebih besar berbanding dengan saiz kain selendang yang digunakan sebagai tudung.

Dalam pakaian tradisional kaum wanita masyarakat Melayu di Pantai Timur Semenanjung yang dikategorikan sebagai kembang, kain selendang bersaiz besar turut digunakan sebagai kain penutup kepala, bahagian belakang, bahu dan dada ketika keluar dari rumah.

Salah satu jenis kain yang sering digunakan dalam pakaian tradisional kaum wanita Pantai Timur ialah kain limar. Ini kerana ia lembut dan mempunyai warna yang menarik.

Bagi wilayah Islam yang mempunyai cuaca yang sejuk, selendang merupakan salah satu cara untuk memanaskan badan. Penggunaannya tidak terhad kepada golongan wanita sahaja.

Golongan lelaki juga menggunakan kain selendang yang bersaiz besar untuk memanaskan badan dengan melilitkan selendang untuk menutup bahagian belakang, bahu dan dada. Kadangkala saiz selendang yang besar dapat menutup hampir keseluruhan badan si pemakai.

Salah satu jenis selendang yang dihasilkan untuk tujuan ini ialah selendang Pashmina. Selendang Pashmina diperbuat daripada benang bulu kambing biri-biri.

Ia kemudiannya ditenun menjadi sehelai kain yang sangat sesuai bagi memerangkap haba dan memanaskan badan si pemakai. Selendang ini ditenun dalam pelbagai warna dan corak.

Terdapat juga selendang yang mempunyai satu warna sahaja dan ia kemudiannya dihias dengan untaian simpulan benang di bahagian atas dan bawah sebagai hiasan. Ia tidak sesuai digunakan di negara yang panas kerana sifat benang bulu yang memerangkap haba.

Satu lagi jenis selendang yang dihasilkan dan dipakai oleh masyrakat Islam ialah selendang Kashmir. Ia diberi nama sempena dengan nama tempat ia dihasilkan iaitu Kashmir.

Kashmir merupakan kawasan yang sejuk kerana ia terletak di bahagian utara benua kecil India. Tidak seperti selendang lain yang sering dihasilkan dalam bentuk segi empat tepat, selendang Kashmir sering dihasilkan dalam bentuk segi empat tepat. Si pemakai perlu melipatkan selendang tersebut menjadi bentuk segi tiga.

Selain ditenun, selendang Kashmir juga mempunyai sulaman yang dijadikan hiasan. Satu perkara yang menarik, kebanyakan penyulam dan penenun selendang Kashmir terdiri daripada golongan lelaki.

Mereka mempunyai kemahiran dalam menghasilkan selendang Kashmir bermutu tinggi untuk pasaran tempatan dan juga pasaran luar. Ia dihasilkan daripada pelbagai jenis benang seperti benang bulu ataupun sutera.

Selendang yang dihasilkan ini juga digunakan oleh golongan lelaki untuk tujuan pemanasan badan. Motif utama yang sering digunakan untuk menghias selendang Kashmir ialah motif tumbuhan yang dikenali sebagai 'boteh'.

Koleksi selendang dunia Islam MKIM dipamerkan di galeri tekstil MKIM.

www.utusan.com.my

Sunday, July 3, 2011

Buku : Pengislahan Masyarakat Melayu

Majalah ini berperanan sebagai penyalur idea atau pengaruh pengislahan yang dibawa dari Timur Tengah terutamanya untuk disebarluaskan ke seluruh Nusantara. Kesedaran ke arah peningkatan taraf hidup yang lebih tinggi ini telah dicetuskan oleh golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda. Perbincangan yang disampaikan telah memberi kesan yang besar terhadap sejarah politik moden dan nasionalisme masyarakat Melayu serantau selain meletakkan asas perjuangan baharu kepada masyarakat Melayu di Nusantara bagi mencapai kemajuana yang dihajati.

Bagi memahami idea pejuang al-Imam dalam mengislahkan masyarakat Melayu di Nusantara, maka dalam buku ini dimuatkan semua perbincangan yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang majalah ini dan tokoh-tokoh Melayu sezaman dengnnya, supaya dapat menelusuri idea dan pemikiran perjuangan islah dalam masyarkat Melayu pada awal abad ke-20.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan terutama kepada pengkaji dan pelajar bidang sejarah sosial-ekonomi dan politik masyarakt Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya. "

http://thereadinggroupmalaysia.blogspot.com/2010/04/pengislahan-mayarakat-melayu.html

Saturday, May 7, 2011

Ke mana hala tuju Melayu Singapura?

Masakan tidak, hampir semua GRC meletakkan seorang Melayu dalam barisan calonnya, baik PAP mahupun pembangkang contohnya Perikatan Demokratik Singapura (SDA) yang meletakkan

Mohammed Rahizan Yaacob di Moulmen Kallang dan Mohammad Shafni Ahmad di Pasir Ris-Punggol.

Menariknya, Parti Perpaduan Nasional (NSP) juga tidak ketinggalan meletakkan Ketua Biro Melayu, Nor Lella Mardiiah Mohamed bertanding di GRC Chua Chu Kang walaupun ia baru dilancarkan setahun lalu.

Malah pengumuman penubuhan biro serupa dalam Parti Rakyat Singapura (SPP) oleh Setiausaha Agungnya, Chiam See Tong juga memberi petunjuk etnik minoriti sepertimana kaum India di sini adalah antara penentu keputusan dalam pengundian yang akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 8 malam esok.

Pencarian mengenai kedudukan Melayu Singapura membawa kepada Pertubuhan Melayu Kebangsaan Singapura (PKMS), atau sebelum ini dikenali sebagai UMNO Singapura yang terpaksa menyesuaikan diri dengan memutuskan hubungan dengan UMNO Malaysia dan menukar nama selepas negara pulau ini berpisah dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Perbualan dengan Timbalan Presiden, Abu Mohamed dan Bendahari Agungnya, Ismail Yaacob memberi gambaran lebih jelas tentang situasi 'Anak Bumiputra Pulau Singapura' ini sebagaimana disebut di dalam Perlembagaan Republik Singapura.

"Melayu yang sudah berjaya biasanya menyokong PAP dan mereka yang kurang berjaya menyebelahi pembangkang.

"Kami di PKMS mahu semua orang Melayu Singapura bersatu dengan memberi sokongan kepada kami kerana kita perlu bersatu dan bukan berpecah-belah," kata Abu ketika dihubungi Utusan Malaysia..

Namun pertemuan dengan Sekretariat Biro Melayu NSP, Ramli Mohamed pula memberi perspektif berbeza dan dia menyifatkan PKMS bukan benar-benar mewakili orang Melayu Singapura kerana suara Melayu atau Islam telah lama sepi, begitu juga kelemahan kaum itu dalam pendidikan dan arus kemodenan.

Beliau berkata, masalah PKMS adalah antara punca keluarnya NSP dan SPP daripada Perikatan SDA, yang kini hanya dianggotai serpihan UMNO itu dan Parti Keadilan Singapura (SJP).

Isu seperti prestasi badan bantu diri pendidikan Melayu/Islam seperti Yayasan Mendaki turut menjadi persoalan kerana Hsien Loong dan Dr. Intan menyatakan telah banyak pencapaian dicapai tetapi calon Parti Pekerja (WP) bagi GRC Aljunied, Pritam Singh meraguinya.

"Pendidikan adalah isu penting menjejaskan masyarakat Melayu. Meskipun Yayasan Mendaki dibentuk sejak 1992, hanya lebih satu peratus pelajar Melayu meraih biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) dari 2002 hingga tahun lalu," katanya ketika ceramah kempen di Yishun, kelmarin.

Kini terpulang di tangan orang Melayu Singapura untuk membuat pilihan ketika membuang undi esok, kerana mereka sendiri lebih jelas parti mana sebenarnya dapat menyuarakan hak mereka.

Apapun, nasib Melayu di Singapura adalah dekat di hati Melayu di Malaysia kerana kebanyakan 'orang kita' di sini mahu mereka menjadi iktibar, perpaduan adalah penting.

"Jika Hamas dan Fatah sudah berdamai, kita di sini harap UMNO dan Pas juga boleh begitu, lihat saja kami di sini dan Melayu di sana jangan sokong parti 'adik' Singapura di sana," luah Abdullah, 40-an, yang tidak mahu nama penuh dan pekerjaannya didedahkan ketika ditemui dalam kempen terakhir WP di Serangoon Stadium, malam tadi. - UTUSAN
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez